Wednesday 23 January 2013

Belajar Buat Website Blog Percuma!

Blog ialah akar-kata dari pekataan Weblog, satu istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger telah menggunakan istilah Weblog ini untuk menamakan kumpulan lamanweb peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan disertai dengan pauatan-pautan ke website lain yang mereka anggap menarik juga dengan komentar-komentar mereka sendiri.

Di sini saya akan memberikan sedikit panduan untuk mencipta BLOG dengan tapak blogger.com yang saya kira amat mudah untuk mereka yang baru ingin memulakan sesebuah blog di alam siber ini.

LANGKAH 1

Pergi ke http://www.blogger.com dan klik butang ‘create your blog now’

blog2

LANGKAH 2

Disini ada sedikit perhatian yang perlu diberikan. Jika anda sudah mempunyai akaun gmail anda boleh terus login dengan mengklik pautan “please sign ini first” dan setelah itu penuhkan username dan password anda.

Jika anda belum mempunyai gmail anda penuhkan maklumat yang diminta.

* alamat email anda yang gunakan contohnya idajaya@yahoo.com

* kata laluan

* nama yang akan dipaparkan – dikaki setiap artikel .. posted by ********** (namapaparan)

* pengesahan kod (word verification) – taipkan berdasarkan perkataan yang tertera.

* Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah siap klik butang “continue”

LANGKAH 3

Skrin berikutnya akan memaparkan petak-petak untuk beberapa maklumat yang perlu anda isikan.

# Penuhkan ‘Blog Title’ iaitu tajuk blog anda, contohnya: Blog Wak Jembal merupakan tajuk blog contoh ini.

# Blog Address: pilih nama untuk url blog anda, selepas memilih nama yang anda inginkan, klik “Check Availability” untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda itu telah diambil orang atau masih kosng. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih nama yang lain yang lain.

# Setelah siap, klik butang ‘continue’

Selepas itu anda hendaklah memilih template / rekabentuk blog yang telah disediakan, kemudiannya klik ‘continue’

Dan anda telah berjaya mencipta sebuh blog an telah bole memulakan mengepos artikel pertama anda.

bersambung..

Ramai yang telah berjaya menghasilkan blog. TAHNIAH!

Dan saya kerap ditanya bagaimana caranya untuk mengembang dan mengempiskan sesutau posting supaya yang terpapar hanyalah ringkasan sesuatu artikel dan artikel keeluruhan itu hanya akan terserlah apabila seseorang pembaca mengklik perkatan tertentu seperti “..baca selanjutnya…” dan yang seumpamanya.

Oleh kerana tutorial ini agak teknikal sifatnya, jadi para blogger diminta berhati-hati sewaktu melakukan perubahan koding.

Adalah dinasihatkan anda menyimpan dahulu template yang sedia ada dengan cara pergi ke dashboard anda klik Layout ->Edit HTML dan tickkan kotak “Expand Widget Templates”, seterusnya klik Pautan “Download Full Template”.

Simpanlah template yang dimuat-turun itu di satu folder yang mudah untuk diingati.

Langkah 1: Di kotak koding HTML template anda, cari
tag < /head> dan kemudian masukkan kod yang diperolehi dari halaman ini SEBELUM daripada baris tersebut.

Langkah 2: Bila siap langkah 1, di kawasan koding
<b:includable id=’post’ var=’post’> sehingga

<!– clear for photos floats –>
</div>

gantikan keseluruhannya dengan kod-kod yang terdapat di
halaman ini (kod yang berwarna merah adalah tambahan kepada yang asal).
Berhati-hati sewaktu mengedit koding berkenaan..

Langkah 3: Pergi ke Settings->Formatting dan di sebelah bawahnya, anda akan dapati satu kotak teks disediakan untuk menentukan “Post template”. Salin dan tampal baris berikut di dalam kotak teks berkenaan dan simpan setting anda.

Taipkan perenggan satu dan dua di sini
<span id=”fullpost”>
Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini </span>

Jika anda membuat posting baru ia akan menunjukkan dimana perlu menaip perenggan satu dan dua dan dimana pula untuk menaip perenggan-perenggan selanjutnya.

Adalah penting untuk mempastikan tag </span> adalah dihujung sesuatu posting.

Oleh itu, anda perlu gunakan tab Edit Html dan bukan tab Compose semasa menulis artikel.

No comments:

Post a Comment